Apa punca
autisme? Seorang pakar menemui jawapannya
Walaupun pelbagai kajian telah dijalankan, namun punca autisme yang paling
utama masih menyebabkan pengkaji “garu kepala”.
Soalan yang kerapkali ditimbulkan
semula adalah “apakah punca autisme yang sebenar?”

Pakar
menolak kaitan antara gangguan autisme dengan pemberian vaksin. Tapi ada juga
kajian yang mengaitkan tentang paras diabetes si ibu mampu meningkatkan risiko
anak autisme.
Malah, faktor kehamilan dan kelahiran
lain seperti demam dan
menjalani imbasan ultra pada trimester pertama juga dikatakan sebagai punca
autisme.
Namun, seorang doktor pakar telah
menemui sesuatu yang sungguh mengejutkan!
Dr. Harvey
Karp, seorang doktor dan penasihat kesihatan kanak-kanak telah membina
teori yang beliau percaya mampu membongkarkan rahsia punca autisme.
Menurut beliau di acara Healthy Child
Healthy World and Environment, pendedahan ibu hamil kepada sesetengah kimia,
seperti kimia
endoktrin (EDCs) sebenarnya amat berbahaya.
Botol plastik
punca autisme?
Kimia endoktrin (EDCs) banyak
terkandung dalam produk atau barangan rumah. Adakah benar EDC ini penyebab
autisme?
Botol air plastik, makanan dalam tin
dan botol susu bayi antara barangan yang mengandungi BPA dan phthalates.
BPA dan phthalates adalah salah satu contoh EDC.

Menurut
Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), EDC boleh mengubah dan menjejaskan fungsi
reproduktif manusia. Malah, ia juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara,
menjejaskan pertumbuhan dan sistem imun badan kanak-kanak.
“Setiap individu terdedah kepada bahaya BPA kerana ia selalu
berdekatan dengan kita. Contohnya seperti phthalates terkandung dalam
barangan plastik dan kereta baru,” jelas Dr. Karp.
Bagaimana
EDC boleh menyebabkan autisme?
Hormon boleh mengawal isyarat otak.
Namun, EDC boleh memasuki minda bayi yang kecil, atau bayi dalam kandungan dan
mengubah perkembangan otak mereka.
Hormon dalam badan lelaki dan wanita
berbeza. Kalau anda nak tahu, gangguan autisme lebih banyak menyerang kanak-kanak lelaki berbanding
wanita.
Walaubagaimanapun, Dr. Karp
mendedahkan, beliau masih tidak berputus asa. Beliau akan terus mengkaji
tentang hal ini sehingga bertemu jawapannya.
Bagaimana
ibu bapa boleh mengelak BPA dalam plastik botol?
Anda bukan saja perlu risau tentang
BPA. BPS – salah satu alternatif lain untuk BPA juga sama-sama berbahaya!
Kadang-kadang, ada sesetengah produk
yang menulis ia “bebas BPA”. Tapi, ia mungkin masih boleh mengandungi BPS!
Apa ibu bapa
patut buat:
- Jangan beli buah-buahan atau sayur-sayuran
dalam tin. Tin mengandungi BPA atau BPS. Beli buah atau sayur segar
- Beli produk berasaskan silikon – ia bebas BPA
dan BPS
- Elak produk plastik yang ada label #7 kerana
ia mungkin bebas BPA, tapi masih mengandungi BPS.
SEKIAN TERIMA KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan