PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK.
Konsep kekeluargaan merupakan
satu intitusi kecil dalam masyarakat yang terdiri daripada ibu bapa dan anak.
Menurut kamus dewan keluarga ialah saudara dan kaum kerabat. Dalam pembentukan
kekeluargaan ibu bapa merupakan salah satu yang perlu memainkan peranan
penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang
berguna pada masa hadapan. Pada zaman sekarang, kita sering mendengar
masalah-masalah yang berkaitan dengan anak yang terlibat dalam gejala-gejala
sosial seperti vendalisme,gengsterisme dan sebagainya,mengapa hal ini boleh
terjadi dikalangan remaja sekarang?. Sebagai individu yang bertangunggjawab
mereka perlu mengambil berat dalam mendidik anak-anak mereka kerana
mereka merupakan insan yang akan memimpin negara dan akan menjadi saham untuk
ibu bapa diakhirat kelak sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadis daripada
al-Bukhari yang berbunyi” apabila meninggal dunia seorang anak adam maka
terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu
yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoa kedua ibu bapanya”. Oleh
itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak antaranya ibu
bapa perlu lebih meluangkan masa bersama anak-anak. Kita sering melihat
kebanyakkan ibu bapa lebih menghabiskan masa mereka dalam kesibukan berkerja
sehingga tiada masa untuk bersama anak-anak menyebabkan mereka merasa
terpinggir sehingga mereka mengambil tindakan di luar jangkaan. Hal ini perlu
diambil perhatian dikalangan ibu bapa bagi mengelak anak-anak terjerumus ke jalan
yang boleh merosakan mereka.
Selain itu,memberi didikan
agama yang secukupnya kepada anak-anak amat penting dalam membentuk dan
mendidik mereka untuk menjadi insan yang soleh dan solehah, ibu bapa
merupakan contoh yang paling utama dalam hal akhlak dan penghayatan nilai
islam.sekiranya ibu bapa itu menghayati ajaran dan amalan islam di rumah, maka
ini akan menarik anak-anak untuk mengikutinya dan begitu lah sebaliknya,
sebagaimana sabda rasulullah s.a.w : “Hendaklah kamu pastikan anak-anak mu belajar
agama dan hendaklah kau baguskan akhlaknya”. Ibu bapa haruslah mendidik
anak-anak mereka sejak kecil lagi dalam memberi didikan agama dengan akhlak
yang baik supaya mereka menjadi seorang yang berguna kepada agama,negara dan
masyarakat. Setiap didikan dan pembentukan sahsiah seorang anak bermula
daripada ibu bapa,sekiranya didikan itu dari didikan dengan cara yang baik,maka
elok lah segala tingkah laku mereka seperti mana sabda rasulullah s.a.w :
“semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan suci bersih. Maka,
kesalahan ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi, nasrani,dan majusi”.
Oleh demikian, ibu bapa
perlulah berperanan dalam mendidik anak-anak mereka semasa mereka kecil lagi
dan mendisiplikan diri mereka daripada segala perkara yang dilakukannya bagi
melahirkan seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Dalam mendidik
anak-anak ibu bapa perlu mendidik dengan cara yang dituntut oleh islam
sebagaimana contoh teladan didikan luqman al-hakim dalam mendidik anaknya yang
mengutamakan pendidikan aqidah, di mana itulah penyelamat anak-anaknya ketika
sesuatu yang tidak dapat menolongnya selain pertolongan Allah kerana
Allah sangat sayang kepada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa. Jangalah kita
mendidik mereka dengan memberi kesan kepada jiwa mereka,ibu bapa perlu mendidik
anak-anak dengan cara yang baik kerana dalam mendidik atau mengajar seseorang
perlu lah dengan cara tersebut,kerana akan membuat anak-anak merasa aman
dan merasa bahawa ibu bapa mengambil berat tentangnya.Seorang anak dia tidak akan
melibatkan diri mereka dalam gejala-gejala yang boleh merosakkan mereka
melainkan ibu bapa itu bijak dalam memainkan peranan mendidik anak-anak.
Selanjutnya, memperhatikan
tingkah laku anak-anak juga merupakan peranan penting dalam mendidik anak-anak.
Segala tingkah laku anak-anak ibu bapa perlulah mengambil tahu dengan siapa
mereka berkawan,dimana mereka pergi,apa yang mereka buat ketika tiada bersama
mereka dan sebagainya, kerana peranan ini dapat mengelakkan anak-anak dari
terjebat dalam perkara yang membawa kerosakan akhlak dan moral mereka.
Kesimpulannya, untuk
melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah ibu bapa perlu memainkan peranan
yang penting dalam mendidik anak-anak,begitu juga di dalam suasana kekeluarga
juga boleh mempengaruhi pewatakan anak-anak.keluarga yang mesra dan harmoni
akan melahirkan personaliti yang positif,ceria dan sihat.manakala keluarga yang
kuncar-kancir, kerapa bergaduh dan berpecah belah menyebabkan suasana menjadi
dingin dan kaku. Jika keadaan begini wujud dalam keluarga,ia mempengaruhi
perkembangan jiwa anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan