Kepentingan Sukan Kepada Kanak-kanak

Kanak-kanak sukakan aktiviti di luar yang dapat menggerakkan
tubuh badan dan melonggarkan segala otot sendi dengan sempurna. Baik, anak
lelaki atau perempuan, kalau dapat keluar bermain di padang, dunia itu bagai
mereka yang punya. Senyum sampai telinga masing-masing.
Sukan adalah
suatu riadah. Secara definisinya, sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang
dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya.
Terdapat
beberapa kepentingan ataupun kebaikan pendidikan jasmani kepada kanak-kanak.
Antaranya ialah :
1) Perkembangan Motor Halus dan Kasar
Perkembangan
kedua-dua motor ini sangatlah penting kepada pertumbuhan kanak-kanak. Kemahiran
motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otak yang
bekerja secara bersama.
2) Daya Pemikiran Kreatif
Sukan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mencabar daya pemikiran mereka. Kanak-kanak dapat bertindak dan menyelesaikan masalah dengan kreatif dalam linkungan batas-batas kemampuan diri sendiri dan masa yang telah diberikan. Itu baru suatu cabaran yang menarik!

3) Sikap Kerjasama
Sifat kepimpinan dan kerjasama antara satu sama lain dapat dibentuk melalui acara sukan. Tiada istilah menang seorang diri dalam dunia hari ini. Semua perkara memerlukan kemahiran bekerjasama untuk sampai ke puncak yang diidam semua.

4) Disiplin
Sukan membentuk
displin dan personaliti diri. Latih tubi demi latih tubi dalam suatu rutin
sukan yang digemari bakal membuatkan anak itu bertanggungjawab mematuhi arahan
dan displin terhadap diri sendiri.
5) Keyakinan Diri
Paling penting
ialah semangat percaya pada kebolehan diri sendiri. Sukan mampu melonjakkan
jati diri seseorang pelajar apabila setiap tugasan telah diselesaikan dengan
sempurna. Ibu bapa juga melonjak gembira!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan