Sabtu, 14 Julai 2018


CABARAN MENJADI SEORANG GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    Seperti yang kita tahu Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia semakin menjadi tumpuan masyarakat ramai. Kesedaran masyarakat tentang pentingnya Pendidikan Awal Kanak-kanak kepada anak-anak mereka  semakin diambil serius. Antara cabaran menjadi seorang guru pendidikan awal kanak-kanak ini ialah terdapat pelbagai pendekatan dan pengajaran. Di mana terdapat segelintir masyarakat bukan arif campur tangan dalam bidang tersebut hanya semata-mata ingin meraih populiriti.

    Selain itu, tidak dinafikan pada era globalisasi ini kanak-kanak banyak terdedah dengan pelbagai unsur di luar bimbingan awal oleh ahli keluarga. Walaupun sosioekonomi yang sekarang ini tidak begitu stabil, tidak sewajarnya inu bapa mengabaikan anak-anak mereka sehingga kanak-kanak merasakan diri mereka diabaikan oleh keluarganya sendiri. Keadaan sebeginilah yang mencenderungkan kanak-kanak ke arah yang tidak sewajarnya. Antaranya ialah masalah buli, ponteng sekolah, vandalisme, gangsterisme dan sebagainya lagi kemungkinan yang dapat kita lihat daripada akibat pengabaian ahli keluarga mereka.

    Seterusnya, cabaran menjadi seorang guru pendidikan awal kanak-kanak ialah faktor keluarga. Ibu bapa meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru di sekolah. Hal sebegini sering berlaku kepada ibu bapa yang bekerjaya, yang sibuk dengan perkerjaan mereka sampaikan anak-anak sendiri terabai. Sepatutnya pendidikan anak-anak ia bermula dari rumah. Ibu bapa sepatutnya sama-sama mendidik anak mereka supaya menjadi seorang anak yang pintar IQ nya. Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan sepenuhnya didikan itu kepada guru-guru disekolah. Sememangnya tugas seorang guru mendidikan anak-anak supaya menjadi seorang anak yang pintar IQ tetapi ibu bapa jug haruslah memainkan peranan mereka sebagai seorang ibu bapa. Peranan ibu bapa adalah sangat penting untuk mencorak keperibadian kanak-kanak itu sendiri dan juga ibu bapa adalah sebagai role model untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mencorakkan anak-anak dengan kebaikan maka kebaikanlah yang ia dapat tetapi kalau keburukan yang dicorakkan kepada anak-anak maka keburukanlah yang ia akan dapat. Anak-anak adalah diibaratkan sehelai kain putih, jika kita pandai mencorakkannya maka corakkan itu menjadi cantik.

    Akhir sekali, inilah cabaran yang paling genting dalam pada ingin menjadi seorang guru pendidikan awal kanak-kanak serta memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Ibu bapa, guru dan semua golongan masyarakat yang tidak bertindak sendirian dalam menghadapi cabaran ini. Memberi pendidikan dan bimbingan yang awal kepada kanak-kanak diibaratkan sebagai membina sebuah Negara kerana merekalah yang akan menerajui masa depan kita. Anak-anak adalah peneraju masa hadapan nanti tanpa mereka siapa lagi yang akan mewarisi Negara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bermain Untuk Kanak-kanak Istimewa Bermain adalah penting untuk kanak-kanak, tetapi ia lebih penting bagi kanak-kanak dengan kep...